Rabu, April 17

Software Brik Brikan di Handphone dan Laptop/Pc Masa Kini

Pengguna Zello amat popular sekarang ini. Tahukah anda apa itu Zello?. Zellomerupakan satu sistem penggunaan seperti 'walkie talkie' tetapi ianya digunakan melalui rangkaian internet. Zello membuat anda boleh berhubung dengan rakan-rakan anda tidak kira di mana berada lebih cepat dan pantas. Di sini saya ingin berkongsi cara memasang sistem Zello di dalam laptop atau pc anda. (Untuk pemasangan di android akan diajar pada keluaran seterusnya).

Terdapat dua cara untuk memasang sistem Zello

1. Melalui PC atau Laptop
2. Melalui Android, BB, iPhone

Cara pasang Zello di PC atau Laptop

1. Buka website http://zello.com/

> Setelah paparan Zello keluar, cari menu 'Mobile Apps' dan klik pada PC (menu terdapat di sebelah bawah dalam website Zello).

> Klik pada PC, satu soltware akan muncul di Laptop anda. Anda mesti install terlebih dahulu soltware Zello.

> Setelah selesai install, paparan logo seperti di bawah dapat di lihat di skrin anda. Klik logo tersebut.


2. Paparan seterusnya menunjukkan satu skrin login masuk. Kepada ahli yang baru mesti membuka satu akaun pengguna. Lihat gambar di bawah :

> Klik pada 'Create a new Zello account'.

3. Paparan selanjutnya cara membuat akaun baru di tunjukkan seperti mana di bawah :


    >(1) Pilih satu nama sesuai
    >(2) Silih semak terlebih dahulu nama yang dipilih oleh user.
    >(3) Buat password ikut pilihan user
    >(4) Pengesahan password 'ulang password yang sama'
    >(5) Masukkan alamat email anda.
    >(6) Setelah selesai klik 'Next'

4. Login masuk sebagai pengguna Zello


> Setelah selesai daftar sebagai pengguna baru, anda mesti login masuk dengan menggunakan Username dan password yang telah dibuat.
   (1). Masukan username
   (2). Password jangan lupa
   (3) (4). Jika anda ingin Zello dibuka secara automatik semasa on PC, sila tick pada kotak diberikan.
   (5). Klik pada butang 'Sign in"


Proses log in ke chanel Zello bermula.

5. Paparan pengguna sistem Zello ditunjukkan. Sebelum anda meneruskan sistem ini, anda mestilah mecari chanel yang ingin anda ikuti. Gambar di bawah cara untuk 'Add Channel'.


(1) Cari menu 'Tools' dan klik pada 'Add a Channel'. 

6.  Setelah klik pada 'add a channel', satu lagi paparan seperti dibawah ditunjukkan. 


(1). Sila masukkan nama channel yang ingin anda ikuti, Sebagai contoh channel Zello Kuala Gris (ZKG group).
(2). Dipaparan no.2 nama channel yang anda cari di tunjukkan disini, apa yang perlu anda lakukan sila klik   atas nama channel dipilih.
(3). Setelah yakin anda klik butang 'Next'

7. Paparan akhir setelah anda berjaya langkah di atas, anda kini boleh menggunakan sistem Zello. Untuk membuat paggilan sistem Zello sila lihat gambar dibawah.


Seperti paparan di atas, anda dapat ikuti setiap perbualan ahli-ahli Zello di channel yang anda pilih. Jika anda ingin membuat panggilan sila ikut langkah ini:
Pastikan sebelum membuat panggilan, anda mesti klik di Channel yang ingin anda ikuti. Jika tidak setiap percakapan anda akan masuk ke lain-lain channel.

(1) . Anda terlebih dahulu klik dibutang ini no1 (sehingga naik warna merah)
(2).  Satu simbol gelombang warna merah keluar di no2. Bermakna anda boleh teruskan percakapan dengan ahli Zello. Dan lepaskan butang no.1 jika tidak mahu membuat panggilan. Begitulah seterusnya jika ingin membuat panggilan seterusnya.

Selamat mencuba. Kepada pengguna android sila tunggu entry seterusnya.

p/s : Pada yang berminat ingin sertai channel Zello Kuala Gris (ZKG group) sila add di facebook terlebih dahulu, dan tinggalkan mesej di 'wall' bahawa anda ingin sertai channel Zello Kuala Gris (ZKG group). Ahli-ahli boleh berkongsi info seperti keadaan jalanraya, cuaca bertanya khabar sahabat ataupun ahli keluarga yang berada jauh di mata dan pelbagai lagi. Channel ini terbuka kepada semua.
Disqus Codes
  • To write a bold letter please use or
  • To write a italic letter please use or
  • To write a underline letter please use
  • To write a strikethrought letter please use
  • To write HTML code, please use or
    or

    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parser Box

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

Berlangganan Artikel Gratis